Hanafiah Mat: Semalam berita yang cukup luar biasa dan sukar dipercayai yang saya telah terima. Walaupun begitu dalam politik ini 'segalanya' mungkin akan berlaku.
Krisis dalaman UMNO Terengganu sudah begtu meruncing. Namun perlu diingat oleh semua pejuang-pejuang Pakatan Rakyat, ADUN-ADUN Umno yang kononnya tidak bersetuju dengan ADUN Kijal Dato' Ahmad Said, tidak akan melompat masuk ke dalam kedalam mana-mana parti Pakatan Rakyat.
Mereka bukan berbalah dari segi prinsip, tetapi hanya dari segi teknikal, sebab itu ia tidak menjejaskan aqidah 'kebangsaan' mereka, berjuang atas nama bangsa. ADUN Ajil yang menjadi ketua '10 budak hitam' sejak pelantikan Ahmad Said Mac 2008 pun sudah membuat kenyataan, tidak akan melompat kepada mana-mana parti.
Mereka tidak hadir atau memboikot Timbalan Presiden UMNO. Tan Sri Muhyidin Yassin baru-baru ini, hanyalah tindakan politik dalaman, menekan Muhyidin supaya Muhyidin bertindak melakukan sesuatu terhadap Ahmad Said, kalau Muhyidin perlukan sokongan dan undi mereka untuk berlawan dengan Najib, bagi pemilihan akan datang !
Itu sahaja !
Sebagaimana yang selalu di katakan oleh pimpinan PAS, kita jangan mengharapkan kemenangan atas kelemahan musuh tetapi, kita mahu kemenangan dengan kekuatan kita sendiri.
Para pemimpin UMNO, sekuat mana pun prinsip mereka, namun salah satu kepercayaan hidup mereka adalah pangkat dan kuasa. Semua masalah dalaman UMNO setakat ini, walau separah mana sekalai pun mereka berbalah dan berkelahi, akhirnya semuanya dapat diselesaikan dengan pangkat dan wang ringgit.
Oleh itu, ada betulnya berita yang saya terima semalam, mengatakan, ADUN Kijal akan dilantik menjadi Senator dan selepas itu akan dilantik sebagai Menteri Kerajaan Pusat. Habis cerita ! Selesai semua perkara !
Ahmad Said pun bukan seorang yang berprinsip dan sudah mempunyai track record yang tidak bersih selama ini.
Pada hujung usia politiknya yang sudah pasti tamat selepas episod ini, lebih baik dia memilih untuk menjadi Menteri di Pusat daripada UMNO menjadi kusut dan kalah pada pilihanraya umum ke 13.
Bagi pencapaian peribadinya, beliau akan menikmati hiraki yang tertinggi dalam karier politiknya apabila menjadi seorang Menteri Pusat ! - hanafiahmat.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment