12 August 2009

Today at the inquest



Rakaman CCTV tunjuk imej Teoh memasuki Plaza Masalam

SHAH ALAM: Setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, dilihat berjalan tanpa diiring dengan kawalan ketat ketika memasuki Plaza Masalam.

Imej itu dapat dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipertonton kepada umum dalam prosiding inkues siasatan kematian Teoh hari ini dan rakaman kira-kira 10 minit itu menunjukkan Teoh berada di bahagian paling belakang dari individu lain.

Daripada 16 rakaman yang ditunjukkan hanya terdapat tiga imej Teoh dari posisi muka sebelah tepi dan bahagian belakangnya. Beliau juga dilihat bergerak dari bahagian lobi menuju ke satu sudut yang lain.

Di hadapan Teoh pula terdapat imej antara dua hingga tiga lelaki tetapi pergerakan mereka dengan Teoh tidak terlalu rapat.

Rakaman itu ditunjukkan kepada mahkamah kira-kira jam 11.40 pagi ketika saksi ke-11, Inspektor Mohd Zulaimi Zubir, 29, memberi keterangan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima plaza berkenaan, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Ketika ditanya peguam yang mewakili kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan bagaimana Mohd Zulaimi boleh mengenal pasti imej Teoh pada rakaman itu, beliau berkata ia dikenal pasti menerusi baju yang dipakai.

Sebelum rakaman itu, Mohd Zulaimi telah memberitahu bahawa beliau telah melihat mayat Teoh dan didapati si mati memakai jaket berwarna gelap, berseluar putih dan berkasut hitam.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese