03 August 2009

Sivarasa bebas!



Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa yang ditahan reman kerana terlibat dalam perhimpunan haram anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin dibebaskan di Mahkamah Sesyen hari ini.

Beliau yang dibebaskan dengan jaminan polis bagaimanapun perlu melapor diri semula di mahkamah pada 17 Ogos ini.

"Saya sudah dibebaskan kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

"Polis ambil keputusan untuk bebaskan saya dengan jaminan mulut... namun saya perlu melapor diri semula pada 17 Ogos," katanya.

Sivarasa yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan antara 17 orang yang ditahan reman selama dua hari bermula kelmarin.

Tempoh berkenaan berakhir hari ini.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese