24 August 2009

PAS nafi mempolitikkan kenyataan rakan kongsi Rohaizat



PAS persoal isu integriti, bukan isu peribadi

"Saya dan PAS konsisten melihat isu amanah Rohaizat itu bukan isu peribadi, tetapi isu integriti yang begitu penting bagi calon Adun Permatang Pasir".

Pengarah jentera induk pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz pagi tadi menjelaskan isu yang mendakwa bahawa PAS menggunakan isu pendedahan Yusri untuk menjatuhkan imej calon BN, Rohaizat Othman.

"Sebab itu, PAS nak jelas apa yang dilakukan. PAS hanya beri tempat kepada beliau (Yusri) untuk menjelaskan kebenaran yang terselindung," jelas Mahfuz merujuk kenyataan terdahulu Yusri yang beliau akan meminta PAS dan PKR pentas untuk beliau menjelaskan perihal sebenar yang berlaku antara beiau dan Rohaizat.

Yusri Ishak iaitu bekas rakan kongsi firma Rohaizat semalam sekai lagi menyatakan pendirian - tujuan beliau tampil dalam massa sebelum ini bukanlah untuk menjatuhkan Rohaizat sebagai calon Umno, sebaliknya cuba membersihkan nama baiknya dan keluarganya.

"Yusri yang berasa dirinya dikambing hitamkan oleh Rohaizat serta pimpinan Umno itu sebenarnya mahu kes pecah amanah yang dikaitkan dengan dirinya, turut ditanggung bersama-sama oleh rakan kongsinya Rohaizat".

Yusri kawan jujur

Mahfuz dalam sidang media pagi tadi menjelaskan, Rohaizat bertuah kerana mendapat kawan sejujur Yusri. Namun sehingga sekarang katanya, Rohaizat dan pimpinan Umno masih enggan menarik balik segala tuduhan yang dilontarkan terhadap Yusri.

"Ini sekaligus menunjukkan sifat tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruahnya pemimpin Umno," selar Mahfuz.

Katanya, beliau yakin minda yang waras sama sekali tidak boleh menerima calon yang sah pernah pecah amanah.

"Bagaimanapun, saya menghormati setiakawan Yusri ke atas Rohaizat, alaupun belai sendiri sedar bahawa dirinya telah pun dikambing hitamkan oleh Rohaizat dalam pilihanraya kecil ini," tambah Mahfuz lagi.

1 comment:

Anonymous said...

PAS nak cakap pasal integreti??? Cermin kan laa muka sendiri dulu sebelum nak kutuk orang lain pasal integreti.........aduhai manusia...manusia

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese