Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak, akan mengambil tindakan saman terhadap mana-mana individu yang mencemar namanya dengan salahlaku yang dibuat oleh calon BN itu.
Yusri berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Penanti, Pulau Pinang hari ini.
"Saya bersama hampa dan marah. Saya mahu bersihkan nama saya dan maruah keluarga," kata Yusri.
"Saya bersedia untuk bersemuka dan berdebat dengan Rohaizat untuk membersihkan nama saya dan keluarga," tegas beliau.
Rohaizat, bekas pengamal undang-undang sivil, menerjah ke muka hadapan akhbar selepas didapati disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia.
Calon BN ini didakwa terbabit dalam kes pecah amanah membabitkan wang milik Koperasi Pekebun Getah Kecil di Pulau Pinang.
Namun ada pihak tertentu berkata Rohaizat disenarai-hitam atas kesalahan yang pihak tersebut dakwa dilakukan oleh Yusri Isahak.
Majlis Peguam berkata badan itu tidak akan sekali-kali menghukum mana-mana ahlinya untuk kesalahan yang dilakukan individu lain.
Yusri berkata dakwaan pihak tertentu bahawa Rohaizat telah melangsaikan wang pecah amanah itu kepada koperasi juga adalah tidak benar sama-sekali.
"Dakwaan Rohaizat telah buat bayaran penuh kepada koperasi adalah tidak benar kerana bayaran masih belum selesai. Saya pelik dengan kenyataan tersebut kerana Rohaizat lebih maklum akan urusan kewangan syarikat, lebih-lebih lagi beliau sendiri yang menandatangani cek melululsan wang syarikat untuk diberi pinjam pada kenalannya," kata Yusri. TVA
No comments:
Post a Comment