25 August 2009

Proses pengundian sebelah sagi di Permatang Pasir lancar – Anwar, Kak Wan mengundi di SK Seri Penanti



Jumlah keluar mengundi sehingga jam 12 tengahari tadi mencecah 47.2 peratus atau 9,573 orang.

Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.

Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai.

LAPORAN SEBELUMNYA

Proses pengundian di lapan pusat mengundi yang dibuka pada 8 pagi ini untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berjalan lancar.

Sehingga jam 9 pagi, seramai 2,966 orang atau 14 peratus pengundi telah mengundi di 39 saluran di lapan pusat mengundi.

Suasana pengundian pagi ini agak tenang dan kebanyakan pengundi mengambil peluang untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka kerana bimbang hujan turun pada sebelah petang.

Ketika ini keadaan cuaca agak mendung dan keadaan lalulintas mula sibuk dengan kenderaan yang membawa pengundi ke pusat pengundian masing-masing.

Jabatan Meteorologi dipetik Bernama meramalkan bahawa hujan akan turun di satu dua tempat pada sebelah pagi dan di beberapa tempat pada sebelah petang.


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, mengundi di SK Seri Penanti pada 8.30 pagi diiringi calon Pas, Mohd Salleh Man.

Bagaimanapun, Mohd Salleh dan lawannya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Rohaizat Othman, bukan pengundi di kawasan Permatang Pasir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, melawat semua pusat mengundi secara berasingan untuk meninjau keadaan.

Abdul Aziz, ketika ditemui pemberita berkata, beliau gembira dengan keadaan pengundian yang aman pagi ini dan berharap keadaan itu berkekalan sepanjang tempoh mengundi.

Katanya, kebanyakan orang ramai yang berkumpul di sekitar pusat-pusat pengundian itu merupakan penyokong parti bertanding yang datang dari luar kawasan itu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Yaakob, berkata keadaan di luar SK Seri Penanti, tempat Anwar dan isterinya mengundi pagi ini, agak bising apabila penyokong kedua-dua parti yang bertanding saling mengejek.

Katanya, polis telah menambah anggota di kawasan berkenaan bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, jalan di sekitar Permatang Pasir khususnya menuju ke Kubang Semang dan pekan Permatang Pauh sesak teruk ketika proses pengundian sedang berjalan.

Keadaan diburukkan lagi dengan kehadiran penyokong dan perayu undi parti bertanding berkumpul di bahu jalan menghala ke semua lapan pusat pengundian.

Walaupun perbuatan itu melanggar peraturan pilihan raya, aktiviti meraih undi masih dijalankan, jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum itu, suasana di pusat pengundian di SK Permatang Pasir panas apabila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain.

Penyokong Umno melaungkan "Anwar pengkhianat" manakala penyokong PAS membalas dengan laungan "You jantan ke tidak".

Malaysiakini melaporkan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli juga kelihatan berada di situ.

Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah keluar mengundi sehingga jam 9 pagi tadi ialah 14.6 peratus atau 2,566 orang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz melawat pusat pengundian di SRJK (C) Lay Keow dan berpuashati dengan perjalanan pengundian setakat ini.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada Pas, pada 31 Julai lalu kerana serangan jantung. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese