12 August 2009

Permatang Pasir: Umno bahagian tidak kemukakan senarai nama calon



BUTTERWORTH: Umno Bahagian Permatang Pauh tidak mengemukakan nama bakal calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir 25 Ogos ini sebaliknya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata Umno pusat telah membuat penyelidikan dan menyenaraikan empat nama calon berdasarkan maklumat dan pandangan daripada Umno bahagian.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Umno bahagian itu di sini malam tadi, beliau berkata caloncalon yang disenaraikan itu adalah anak tempatan Permatang Pauh dan berumur antara 40 dan 60 tahun.

"Calonnya adalah dari golongan profesional, mampu berkhidmat, diterima masyarakat, mempunyai ramai saudara di kawasan itu dan anak tempatan Permatang Pauh," katanya sambil menjelaskan bahawa semua calon yang disenaraikan adalah muka baru.

Abdul Jalil berkata nama calon akan diumumkan pada 4 petang Jumaat ini di Permatang Pasir serentak dengan pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada Pas pada 31 Julai lepas. Penamaan calon ialah pada 17 Ogos ini. mStar

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin