22 August 2009

PAS lapor Polis fitnah keatas Ustaz Salleh



Ekoran tuduhan fitnah keatas Calon PAS Ustaz Salleh Man yang di paparkan dilaman blog bigdotdot.com, satu laporan telah dibuat semalam. (Gambar - Dato' Mahfudz mempamirkan salinan report polis kepada pihak media)

Bekas Ketua Penerangan Pulau Pinang, Zulkifli Mat Lazim (Gambar - dikiri Mahfudz) telah membuat satu laporan polis dibalai polis Bukit Mertajam.

”Hari ini beliau datang dengan satu laporan polis, yang dia telah buat di Balai Polis Bukit Mertajam, membuat satu report yang mengatakan satu fitnah,

”dan meminta pihak polis mmbuat satu siasatan keatas merka yang membuat laporan (fitnah) berkenaan,”kata Pengarah Pilihanraya Permatang Pasir, Dato’ Mahfudz di Markaz Besar, disini semalam.

Kelmarin Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr. Mujahid Yusuf Rawa telah membuat penafian berkenaan perkara tersebut.

Mujahid telah menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim mendakwa Ustaz Salleh Man menggelapkan wang parti.

Dakwaan itu dibuat dalam dua laman web iaitu yang pro Umno dan laman web milik editor sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris.

1 comment:

ghostWRITER said...

uuuuuu....liPAS buat laporan Polis..Penting gak Polis buat warga liPAS yer? slalu aku gi dengar ceramah liPAS mesti kutuk Polis, kata Polis barua kerajaanla, nak sumbat polis dalam Jambanla..laaa bila perlu gi balai, cari Polis, buat report..kenapa tak buat report kat unit amal malaysia? kan depa tak makan rasuah..depakan barua liPAS..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese