06 August 2009

Mykad Ismail hilang dalam tahanan Polis

Ismail Hussin, diantara tahanan Mansuh ISA daripada kawasan Besut, dibebaskan pada malam 02 Ogos 2009. Bagaimanapun didapati mykadnya hilang semasa beliau dalam tahanan polis.

Selepas Ismail dibebaskan pada pukul 9 malam, beliau cuba mendapatkan mykadnya semula tetapi gagal kerana Pegawai Polis Balai Bukit Jalil tidak tahu dimana diletakkan. Ismail telah membuat laporan polis, di atas kehilangan mykadnya semasa dalam simpanan anggota polis itu.

Sekembali ke Besut, semalam Ismail ke Pejabat Pendaftaran Besut hendak memperbaharui Mykad, beliau dikenakan bayaran denda sebanyak RM60.00.

Ismail ditahan dihadapan Masjid India, Kuala Lumpur sewaktu hendak menunggu solat zohor dan telah didatangi 3 anggota polis lalu menahan beliau kerana disyaki menyertai perhimpunan mansuh ISA. Beliau kemudian ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil kira-kira jam 7.00 petang.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese