05 August 2009

Inkues Teoh: Hari kedua, 6 saksi dipanggil



Inkues kematian Teoh Beng Hock ditangguh dan akan disambung esok selepas enam saksi memberi keterangan pada hari kedua prosiding di Mahkamah Koroner di sini, hari ini.

Seramai 97 saksi dijangka dipanggil untuk memberi keterangan.

Saksi pertama, Siti Zabedah Yahya, memberitahu mahkamah bahawa beliau terlihat seorang lelaki terbaring di koridor tingkat lima Plaza Masalam ketika berehat.Siti Zabedah yang juga pengawal keselamatan Plaza Masalam berkata, pada masa itu beliau tidak pasti sama ada lelaki yang dilihat itu sedang tidur atau sudah mati.

"Saya melontarkan skru meja ke arah lembaga berkenaan untuk mengejutnya tetapi lelaki itu tidak terjaga," katanya.

Teoh, 30, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di koridor tingkat lima Plaza MasalamTerdahulu, mendiang memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di bangunan itu.

Saksi kedua, Mohd Ridzuan Samsuri, yang juga Juruteknik Bahagian Penyelenggaraan Plaza Masalam, berkata, beliau panik sehingga terpaksa memegang dinding bangunan selepas melihat mayat Teoh terbaring di koridor tingkat lima bangunan itu.

Katanya, beliau hanya melihat ke arah mayat terbabit sekali imbas sebelum berlari ke arah rakan setugasnya bagi memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasan.

Katanya, beliau ternampak darah yang sudah kering di bahagian lutut dan muka si mati.

Saksi ketiga, pula meberitahu mahkamah beliau dan seorang juruteknik di Plaza Masalam menutup mayat seorang lelaki di koridor di tingkat lima itu dengan plastik hitam dan ditindih dengan batu bata.

Mohd Khairul Izwan M Nasir yang juga Penolong Kanan keselematan Plaza Masalam berkata, beliau diarah berbuat demikian oleh pegawainya.

Sementara itu, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata prosiding inkues itu dijangka berakhir lebih awal daripada jangkaan.

Beliau berkata, Jumaat ini pasukan peguam dijangka akan membuat lawatan ke lokasi kejadian.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese