29 August 2009
Arak Kepala Lembu - Polis Tidak Halang
Kenyataan Media Parti Keadilan Rakyat
Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.
Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.
Keadilan menegaskan bahawa tiada anggota dari Parti Keadilan Rakyat yang terlibat mahupun dibenarkan untuk menyertai protes seperti ini.
Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.
Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.
Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.
Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.
Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.
Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ketua Penerangan ini bodoh agaknya, lembu dan kepala lembu tu halal untuk dimakan dan dibawa, lain lah bawa pasberg..
Lagipun yang membantah tu bukan menganuti ugama hindu, depa mana tau tentang kepercayaan itu, mereka tidak boleh disalahkan..
Nick Aziz pun dah bagi fatwa...DAP tidak menghina Islam sebab depa bukan penganut Islam...so macam tu lah juga kes ni.
sedih lah tengok dorang mcm nie... kalau marah sekali pun jgn lah sampai mcm nie.. mmg lembu tu tuhan dorang... tapi kita harus hormati dorang nye kepercayaan...
tu satu hal lah.. lagi satu.. lembu tu hamba Allah gak... tak sepatutnya dia dihina mcm tu... dipijak... kite dah sembelih dia..mkn daging dia.. kepala dia dibuat mcm tu... mana rasa hormat kita pada makhluk Allah yg lain...
Post a Comment