10 August 2009

ADUN Kemasek berehat di Genting Highland

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita8/roslikemasik.jpgAhli Dewan Undangan Negeri Kemasek, Rosli Othman, yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2 Ogos lalu kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000 dimaklumkan tidak hadir dalam Mesyuarat Agong UMNO Bahagian Kemaman baru-baru ini.

Sumber dalaman memberitahu, Rosli yang dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat lalu dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bercagar dengan seorang penjamin, telah menghilangkan diri dari daerah ini.

Sumber tersebut menyebut, Rosli dikatakan sedang berehat di Genting Highland bagi menyuraikan kekusutan perasaan, setelah beliau terpaksa tidur selama tiga hari di dalam lokap polis kerana di reman semasa mengahadapi proses siasatan.

Beliau juga memaklumkan, sebelum beredar, Rosli telah berkata, beliau kini tahu siapa dikalangan mereka yang berada disekelingnya.

”Rosli berkata, dia kini tahu yang mana satu intan, yang mana satu kaca,”kata sumber tersebut yang ditemui Buletin Online semalam.

Difahamkan, Rosli berkata demikian adalah merujuk kepada orang-orang ‘rapat’ yang pernah dibantu beliau namun tidak hadir menjenguk beliau ketika menginap di lokap polis. BO

1 comment:

Anonymous said...

baru hang tahu perangai kawan2 hang dalam umno... baliklah kepangkal jalan.... cari parti yg
betul bukan nak penuhkan poket sendiri.... tetapi bertanggung jawab kepada setiap rakyat yg diwakili

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese