11 July 2009

Ustaz Harun Taib: Pakatan Rakyat berdasarkan Peristiwa Hudaibiyah




BESUT – Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Dato’ Ustaz Harun Taib berkata Tahaluf Siyasi yang melibatkan kerjasama antara PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah berdasarkan hukum yang dilaksanakan RasuluLlah SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Dailog Pimpinan PAS Bersama Rakyat yang diadakan di Kampung Gelam Mas, Kota Putra di sini semalam.

Menurutnya PAS tidak memakai hukum yang lain daripada ajaran Islam dalam kerjasama Pakatan Rakyat, tetapi mengguna pakai hukum yang dibuat oleh Nabi (Muhammad) SAW dalam peristiwa Hudaibiyah,

"Dalam perjanjian (Hudaibiyah) Nabi membuka peluang, ada dua blok, blok Quraisy dan blok Nabi, sesiapa yang nak masuk blok Quraisy boleh, sesiapa nak masuk blok RasuluLlah boleh,"

”Bani Bakar masuk blok Quraisy, Bani Qida’ah masuk blok RasuluLlah, macam sistem dua parti, sesiapa nak masuk parti Muhammad boleh walaupun dia tidak masuk Islam,”ujarnya.

Katanya, PAS berpakat dengan PKR dan DAP bukan kerana sukakan atau membantu melaksanakan dasar parti-parti tersebut, tetapi dengan pakatan itu dapat membantu PAS melaksanakan dasar-dasar Islam.

Sebaliknya, kata beliau, UMNO dalam gabungan Barisan Nasional (BN) bukan hendak melaksanakan Islam, tetapi gabungan parti-parti itu menyebabkan Islam semakin terhakis.

”Beza (dengan) UMNO dia campur (gabung dalam BN), bukan semakin (mahu) melaksanakan Islam, tetapi (Islam) semakin nak habis (terhakis),

”baru (baru) ini nak pinda Undang-undang Keluarga Islam, mujur juga ada Raja-raja Melayu (yang menhalang) jadi tak boleh nak buat,”katanya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese