07 July 2009

Ustaz Hadi lancar buku 'Islam Adil Untuk Semua'

MARANG - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang telah melancarkan sebuah buku tulisan terbarunya bertajuk 'Islam Adil Untuk Semua'.

Katanya, keadilan mengikut tafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik.

"Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi.

"Orientalis barat Snouck Hurgronje mengungkapkan 'Yang wajib ditakuti oleh pemerintah Barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi Islam sebagai doktrin politik'", jelasnya.

Kata Ustaz Abdul Hadi, kesannya Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksanakan undang-undang rimba dan monopoli harta.

Intisari buku tersebut bagi mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira banagsa dan agama.

Ianya, ,merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam.

Bahkan, buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam Islam dan falsafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

Beliau melancarkan buku tersebut pada satu majlis Ceramah Perdana yang disaksikan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad di pekarangan Masjid Rusila, Marang, semalam. presiden.pas.org.my

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese