18 July 2009

Terengganu: Empat laporan polis terhadap PPSMI




http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ReportPoisPPSMI.jpgPAS dan tiga buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis terhadap isu Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI).

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 10.30 pagi 15 Julai kerana didakwa terdapatnya unsur penyelewengan serta penyalahgunaankuasa.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata laporan polis tersebut dibuat terhadap kerajaan Malaysia, Perdana Menteri dan Menteri-menteri terbabit.

“Kita (PAS) telah membuat satu laporan polis terhadap kerajaan, perdana menteri dan menteri-menteri terhadap penyalahgunaan kuasa hasil pelaksanaan PPSMI.

“Penyelewengan ini banyak terdedah sekarang hasil dari pembaziran dan penyalahgunaan kuasa dan didedahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi bahawa dengan pembatalan PPSMI boleh menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM40 juta setahun,” jelasnya pada sidang media di perkarangan IPD Kuala Terengganu, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong mendakwa PPSMI telah menafikan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seperti termaktub dalam Artikel 152 serta melanggar Perkara 159, 10(4) Perlembagaan Persekutuan.

“PPSMI telah melanggar Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam system pendidikan nasional Negara sebagaimana Akta Pelajaran 1061 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550),” ujarnya.

Bahkan, katanya bertentangan dengan Penyata Razak 1956 sekaligus menjadikan PPSMI telah menjatuhkan martabat bahasa ibunda.

Ketika ditanya pendirian PAS terhadap isu PPSMI yang bakal dimansuhkan pada tahun 2012 beliau akan pastikan pemansuhan segera dilakukan sekurang-kurangnya tahun 2010.

“PAS akan terus melakukan usaha-usaha untuk mempastikan supaya pemansuhan ini segera dilakukan dan sekurang-kurangnya tahun 2010.

“InsyaAllah, kita (PAS) akan lakukan (turun ke jalan raya) berdemontrasi bersama dengan pimpinan PAS Pusat dan Gerakan Memansuhkan PPSMI itu jika perlu lagi (demontrasi),” tegasnya.

Antara Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut serta membuat laporan polis itu seperti Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (Yakep), Gerakan Mansuhkan PPSMI Terengganu (GMP) dan Lepasan Siswa-siswi Institut Berakan Negeri Terengganu (Sisbakti).

2 comments:

Anonymous said...

Mengarut.....! kalu tak upaya mengajar Sains/Math dalam bahasa Inggeris jangan buka sekolah swasta.Kita sendiri jadi susah.Kemudian cuba meletakkan kesusahan atau kesalahan itu kepada orang lain.Demikian phenomena pemikiran 'otak lembu' orang melayu meresap masuk ke kampung-kampung.Maka terjadilah orang melayu semakin bodoh....

abu muaz said...

Tulislah nama baru berani. Ini kamu boleh hentam orang dgn mudah kamu siapa hantuke tanpa nama...kalau penakut nak perkenal diri tak payahlah hentam orang.Kamu pun bahasa inggeris fasih benorke? Anak-anak kamu cemerlang ke dalam exam? Atau merempat juga dalam pelajaran?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese