17 July 2009
Kematian Teo Penuh Tandatanya
Mayat Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock hanya dibawa keluar daripada bangunan Plaza Masalam selepas kira-kira 8 jam dia ditemui mati, di bahagian bumbung tingkat lima bangunan itu.
Mayat Teo bagaimanpun dibawa keluar oleh anggota polis jam 9 malam tadi menerusi pintu belakang bangunan berkenaan, bagi mengelakkan diserbu oleh wartawan dan jurugambar.
Terdahulu itu, lima pakar forensik berpakaian merah hati dari tiga buah hospital, dilihat memasuki bangunan itu kira-kira jam 6.30 petang.
Keluarga mangsa yang ditemui dalam bangunan yang menempatkan pusat beli belah dan pejabat itu, bagaimanapun enggan menjawab sebarang pertanyaan wartawan.
Abang kepada mangsa, yang menunggu hampir empat jam, dibenarkan masuk ke dalam bangunan di tingkat lima itu kira-kira jam 8.30 malam untuk melihat mayat Teo.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu yang ditemui di tempat kejadian berkata, polis bertindak secara tidak professional kerana membiarkan waris menunggu terlalu lama.
Ronnie turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan layanan MACC terhadap beliau dan Adun Seri Kembangan untuk menemui mangsa.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo kesal kerana polis tidak membenarkan beliau dan abang mangsa melihat mayat Teo.
Sementara itu, kelihatan beberapa anggota parti Pakatan Rakyat menyalakan lilin sambil memegang beberapa sepanduk di hadapan pintu masuk Plaza Masalam sebagai protes terhadap kematian Teo.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam sidang media berhampir tempat kejadian berkata, kes ini diklafisikasikan sebagai kematian mengejut tetapi polis akan menunggu laporan bedah siasat untuk pengesahan.
Menjawab soalan pemberita, mengapa pakar bedah siasat diambil daripada tiga hospital yang berlainan, Datuk Khalid menganggap ia adalah kes sensitif.
Sebelumnya, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus bertanggungjawab terhadap kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock tersebut.
Menurutnya, ini kerana Teo ditemui mati, dipercayai jatuh daripada tingkat 14, bangunan Plaza Masalam, selepas disoal siasat oleh suruhanjaya itu, sehingga awal pagi tadi.
Tan Sri Khalid berkata, Teo dibebaskan kira-kira jam 3.45 pagi tadi selepas disoalsiasat selama hampir 10 jam bermula 6 petang semalam.
Terdahulu itu, Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah yang menunggu di pejabat SPRM bersama peguamnya, Govind Singh Deo, tidak dibenarkan bertemu mangsa yang sedang disoal siasat.
Kedua-dua mereka kemudian meninggalkan bangunan itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Teo bagaimanapun, ditemui mati di bahagian bumbung tingkat lima bangunan itu, kira-kira jam 1.30 petang tadi.
Difahamkan, Teo bakal mendaftarkan perkahwinannya bersama seorang gadis, Sue Sue Quay, 28 tahun, di Melaka esok.
Dalam satu sidang media tergempar di bangunan Annex, Shah Alam, petang tadi, Tan Sri Khalid meminta Ketua Polis Selangor menjalankan siasatan terpeinci bersama pakar pathologi dari Pusat Perubatan Subang Jaya yang mewakili kerajaan.
Katanya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar juga telah memberi jaminan untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil terhadap kes ini.
"Selaku Menteri Besar saya telah menghubungi Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan beliau membenarkan Kerajaan Negeri untuk menghantar pasukan pathalogi untuk jalan siasatan tersebut bersama pasukan pathalogi pihak polis," katanya.
Dengan nada sedih, beliau memberitahu ini adalah kejadian pertama berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, melibatkan kakitangan Exco.
"Saya harap tidakk berlaku lagi dan ini merupakan satu kerugian kepada negeri Selangor," jelasnya.
Beliau mengucapkan takziah kepada keluar Teo dan menganggap ia sebagai satu tragedi kepada keluarga mangsa.
Menurutnya, kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada waris mangsa bagi meringankan bebanan mereka menguruskan upacara pengkebumian Teo.
Sementara itu, Ean dalam sidang media yang sama berkata, beliau cuba mengeluarkan Teo daripada pejabat SPRM itu dan mencadangkan siasatan disambung esok, tetapi tidak dibenarkan berbuat demikian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bila mati selalu jadi tandatanya.
kematian altantuya juga jadi tandatanya.
berapa banyak tandatanya dahhh...kata p.ramlee.
Aku jadi takut ni nak kebalai polis dan pejabat SPRM. Macam mana aku nak tolong polis dan benteras rasuah kalau macam ni? eeeeiiiiiiiiii takut aku pada polis dan SPRM.
Post a Comment