16 July 2009

SUK Selangor Diserbu SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meluaskan siasatannya di Selangor meliputi penyelewengan peruntukan kepada Dun.

Pejabat Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diserbu oleh pegawai-pegawai SPRM berhubung siasatan ini, merampas komputer riba milik setiausaha politik beliau dan komputer milik kerajaan negeri.

Setiausaha politik terbabit, Teoh Beng Hock, kemudiannya diiring anggota SPRM ke pejabat SPRM Selangor di Shah Alam.
Tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat disiasat SPRM berhubung penyalahgunaan dana ini.

Selain dari Ean Yong dan Lau Weng San, turut disiasat adalah Teresa Kok, Elizabeth Wong, Dr Cheah Wing Yin, Edward Lee dan Hannah Yeoh.

Teresa Kok disoalsiasat kerana menyumbang sistem audio kepada sebuah surau di Dun Kinrara, manakala Lau Weng San disiasat berhubung program-program kemasyarakatan di Dun Kampung Tunku.

Dalam tempoh antara Januari hingga Februari 2008, 54 adun-adun BN dilaporkan telah menghabiskan separuh juta peruntukan kerajaan negeri Selangor dibawah Menteri Besar Khir Toyo.

Satu laporan telah dibuat Pakatan Rakyat, namun sehingga ke hari ini, tiada tindakan diambil.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese