22 July 2009

RM10,000 untuk pembunuh Teoh

Seorang individu berpangkat 'Datuk' menawarkan RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh memberi maklumat yang membawa kepada penangkapan pembunuh Teoh Beng Hock.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata rakyat amat tidak berpuas hati dengan kematian Teoh yang berada dibawah pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sehinggakan seorang datuk yang tidak mahu identitinya didedahkan sanggup membuat tawaran sebegitu rupa.

"Ramai orang mahu tahu apakah punca dan situasi yang membawa kepada kematian Teoh, dan tawaran ini adalah galakan kepada mereka yang mempunyai maklumat untuk tampil ke hadapan dan membantu siasatan polis," kata Nga. TVA

1 comment:

Prof. Era Pasca said...

kalau di sekolah ada pencerobohan dan kecurian... pihak sekolah takboleh kata tak tau.. pihak keselamatan takleh kata tak tau... kene bertaggung jawab... TBH-pihak MACC perlu bertanggung jawab!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese