15 July 2009

Rasuah dan sogokan punca undi BN meningkat.



http://www.buletinonline.net/images/stories/ManekUrai/manekmenang.jpgPAS dengan tegas menyatakan, kehilangan undi sebanyak 1,287 berbanding yang diperolehi Pak Su Wei pada Mac tahun lalu, adalah disebabkan oleh rasuah dan sogokan wang serta janji-janji pembangunan Barisan Nasional (BN).

Ahli Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata demikian dalam sidang media sejurus pengumuman kemenangan PAS di buat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Walaupun menang dengan majoriti tipis 65 undi, beliau tetap berbangga dengan keteguhan pendirian dan keberanian warga Manek Urai menolak tawaran ‘anak emas kerajaan persekutuan’.

“Tahniah kepada para pengundi Manek Urai yang begitu kuat ketahanan mereka,

"semua saudara-saudara tahu bahawa penggunaan politik wang adalah begitu berleluasa adanya sampul biru sampul kelabu dan sampul putih diedarkan kepada pengundi pada hari ini,"katanya di pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra , Kuala Krai.

Walau bagaimana pun, katanya, pengundi Manek Urai masih lagi dapat bertahan dan ia adalah menjadi satu kebanggan kepada PAS, yang menunjukkan mereka masih mengutamakan perjuangan Islam.

Katanya, jentera BN telah mengagih-agihkan wang rasuah untuk membeli undi pada malam sebelum hari mengundi.

3 comments:

TiGaSuNgAi said...

Hoi Badigol...
kalau BN Menag semua rasuah. Tapi kalau pembangkang menang itu tanda sokongan rakyat. Tak usah nak mimpi di siang hari. Sokongan rakyat dah semakin kuat. Orang dah muak dengan pati Pas yang tak da pendirian.
hahahahahahahahahaha......

Tinta Hitam said...

Sila layari blog saya

http://tintahitammy.blogspot.com/

Anonymous said...

Ini dia ahli PAS yang susah nak terima kebenaran. Punca terbesar PAS hampir kalah adalah disebabkan pengundi tak berparti atau pengundi atas pagar sudah hilang kepercayaan terhadap PAS yang masih berdegil hendak bersama UMNO (lihat kenyataan Ketua Pemudanya sebelum pengundian diManek Urai). Pengundi2 atas pagar ini sudah tak dapat membezakan antara PAS dan UMNO - jadi pada mereka lebih baik terima janji manis UMNO dan pada masa yang sama hantar suatu message pahit kepada PAS. Kalau tak pasal Tuan Guru Nik Aziz, sudah tentu PAS di bungkus dan di humban di Manek Urai.
Hai ahli2 PAS bila nak celik mata?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin