07 July 2009

PKR's Zaid Ibrahim in Manek urai



Benarkah rakyat diutamakan? - Zaid Ibrahim

LALOH - Sekiranya Umno-BN menyatakan bahawa 'rakyat diutamakan' maka ia perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak yang masih dilanda kemelut politik yang berterusan.

Menurut ahli baru dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Dato' Zaid Ibrahim kerajaan di bawah pimpinan Umno-BN perlu membuktikan slogan yang dilaung-laungkan iaitu rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan.

"Jika rakyat diutamakan, bubarkan Dun Perak dan laksanakan segera perubahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disebut-sebut oleh Perdana Menteri ketika dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi Mac lalu," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam program ceramah di Sungai Rek, Laloh malam tadi.

Dalam majlis yang sama, Zaid juga menyelar sikap Umno-BN yang sering melaung-laungkan bahawa mereka membela dan memperjuangkan Melayu sebaliknya hanya membela golongan tertentu sahaja.

"Umno sekarang hanya membela Melayu tertentu sahaja,

"Tetapi adakah Umno membela nasib polis-polis Melayu kerana menurut kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Ahmad Dzaiddin, terdapat banyak jenayah rasuah berlaku di kalangan pegawai polis peringkat atasan," katanya lagi.

Tambahnya lagi, perlantikan Tun Ahmad Zaki sebagai Ketua Hakim Negara merupakan suatu bukti ketidak telusan Umno memandangkan beliau pernah berkhidmat sebagai peguam kepada Umno dalam banyak kes.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengundi Umno di kawasan Laloh agar tidak takut untuk melakukan perubahan meskipun kawasan tersebut terkenal sebagai kubu kuat Umno di Manek Urai.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin