
Perhimpunan tersebut akan diadakan Ahad 19 Julai ini di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.
Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.
Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.
“Kerajaan negeri sekali lagi menyampaikan takziah kepada keluarga Teoh dan bersedia untuk memberikan sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengembumian,” katanya kenyataan itu lagi.
SEMUA DI JEMPUT HADIR – SEMUA DI JEMPUT DATANG – SETIAKAWAN DENGAN YANG DISEKSA
No comments:
Post a Comment