19 July 2009

Penyokong berhimpun tuntut keadilan kematian Beng Hock




Penyokong berhimpun di stadium tuntut keadilam kematian Beng Hock. 19/07/2009 7:23pm

Lebih 2,000 penyokong pakatan pembangkang berhimpun di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini dengan alasan untuk menuntut keadilan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Dalam perhimpunan itu, pihak penganjur turut mensasarkan kutipan 10,000 tandatangan sebagai satu petisyen kepada kerajaan.

Petisyen itu menuntut tiga perkara:

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja;

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan meletak jawatan;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka berhubung isu kematian Beng Hock.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin