09 July 2009
Pemuda PAS kesal pembunuhan kejam di Jerman dan China
Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyerahkan memorandum mengutuk sekeras – kerasnya pembunuhan Marwa el Sharbini seorang wanita Muslimah warga Mesir yang mati ditikam oleh seorang pemuda disebuah mahkamah di Jerman .
Memorandum DPPP telah diterima sendiri oleh Duta Besar German di Malaysia Dr. Guenter Gruber di Kedutaan German sekitar jam 11 pagi tadi .
DPPP mendesak supaya kerajaan Jerman memohon maaf kepada ummat Islam amnya dan warga Mesir khasnya diatas tragedi malang yang berlaku dihadapan mahkamah tersebut sedang itu adalah kawasan di mana keadilan ditegakkan .
Marwa al Sherbini telah ditikam bertubi – tubi dengan 18 tikaman dan suaminya yang cuba menyelamatkan beliau pula ditembak oleh pengawal keselamatan . Sebelumnya Marwa membawa kes penghinaan ke atas dirinya oleh seorang pemuda [ pembunuh ] yang mengatakan beliau adalah pengganas kerana memakai tudung .
DPPP bimbang ini adalah episod islamofobia yang tercetus dinegara – negara barat dan akhirnya ketegangan ini akan terus berlanjutan . Kerajaan Jerman mesti segera memohon maaf kepada ummat Islam dan segera pula mengambil tindakan wajar dan adil ke atas pembunuhnya yang kejam itu .
Hentikan Pergaduhan dan Rusuhan yang membunuh Ummat islam di XinJiang. - Nasrudin Hassan at Tantawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment