28 July 2009

Nik Aziz seru seluruh rakyat bantah ISA 1 Ogos



Rakyat di negara ini digesa sertai Perhimpunan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan perarakan ke Istana Negara yang akan diadakan pada 1 Ogos depan dengan tujuan menyerahkan memorandum kepada Yangdipertuan Agong.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau amat bersetuju dengan cadangan dan sekiranya kesihatan mengizinkan beliau juga ingin turut serta pada perhimpunan itu.

“Saya minta semua sebanyak mana yang boleh pergi kena pergi. Tangkap manusia dengan tiada perbicaraan itu kesilapan dan kita sebagai manusia membetulkan kesilapan Umno yang menzalimi rakyat,” katanya.

Mengulas kemungkinan perhimpunan itu dihalang pihak tertentu, beliau berkata, terserah kepada mereka. Tapi kalau disekat ia satu tindakan jahat. Negeri ini bukan hak Umno. Bila rakyat pilih nak demonstrasi kenapa kita sekat, katanya. – sumber Sinar Harian 28 Julai 2009

1 comment:

Mat ISA said...

Terima Kasihlah TGNA, saya dok kat rumah aje, ikuti perkembangan melalui berita dan internet. Tapi saya tetap menyokong ISA. Kebebasan Bersuara kan...

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese