11 July 2009

Nasha muncul di Manek Urai: Umno gelabah besar

Akhirnya satu lagi strategi gerak saraf Umno berkecai apabila Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya muncul di Manek Urai, iaitu di masjid Sg Peria pagi ini.

Ketidakhadiran Nasharudin yang sebelum ini menjadi topik utama kempen Umno terutama oleh jentera Pemuda melalui ketuanya Khairy Jamaluddin di Manek Urai, mengakhiri tanda tanya tersebut dengan muncul dan menunaikan solat sunat Dhuha berjemaah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta calon PAS “Abe Uji”.

Nasharudin yang juga ahli Parlimen Bachok, sebelum ini tidak berada di Manek Urai kerana baru sahaja lepas jalani pembedahan di Hospital Serdang dan belum sihat sepenuhnya. Keadaan ini cuba dieksploitasi jentera Umno bagi menyerang kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Datuk Husam Musa. Kononnya berlaku perpecahan dalam PAS.

Difahamkan, ini strategi gerak saraf kedua Umno yang “memakan diri”. Strategi pertama mereka ialah apabila menjaja nama calon PAS iaitu seorang peraih ikan setempat yang dituduh “suka berhutang dengan orang dan orang pun berhutang dengannya”.

Namun setelah menyedari kesilapan propaganda tersebut, Muhyiddin Yassin secara tergesa-gesa beberapa hari lalu memberi penjelasan dalam semua media bahawa: “Kami tidak menghina golongan peraih ikan” setelah merasa tersepit apabila perang saraf itu memakan diri. Atau “back - fire”.

Akibatnya mereka terpaksa meminta maaf setelah tuduhan tersebut dianggap menghina penduduk tempatan dan kerjaya seorang peniaga.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin