19 July 2009

MB enggan buat spekulasi berhubung laporan bedah siasat Teo



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan membuat sebarang spekulasi berhubung kematian dan keputusan laporan bedah siasat yang menunjukkan mangsa, Teoh Beng Hock, mengalami pelbagai kecederaan.

Tan Sri Khalid menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci dan mencadangkan satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk membantu siasatan.

“Saya tidak ada nak komen,ini terpulang kepada polis untuk buat kajian dan saya pula tidak mahu membuat spekulasi tentang perkara ini tapi yang kita tahu beliau dalam masa daripada pukul 6 petang hari Khamis sampailah mayat beliau dijumpai di tingkat 5,pejabat MACC”,katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian selepas merasmikan Karnival Masjid 2009 Sempena Tahun Zakat Selangor 1430 Hijrah di Masjid Bandar Baru Sungai Buluh, petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam kenyataannya di akhbar hari ini berkata, polis masih belum mengetepikan teori kemungkinan ada perbuatan khianat di sebalik kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu, walaupun laporan awal bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan pada tubuh badannya.

Menurutnya, polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kematian Teoh.

Pada masa yang sama, Tan Sri Khalid meminta satu lagi Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk meneliti siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas pelbagai pihak mempertikaikan tindakan mereka menyoal siasat 7 ADUN DAP Selangor berhubung salah guna wang peruntukan.

“Saya telah cadangkan sebagai seorang professional supaya Suruhanjaya Diraja diadakan.Dengan adanya suruhanjaya tersebut untuk mengetahui tentang apa yang berlaku, jadi masyarakat tidak ada spekulasi. Boleh jadi saya dari Pakatan Rakyat boleh kata ini jadi orang Barisan Nasional kata itu.Jadi kita asyik kata ini dan itu tapi penyelesaiannya tak ada.

“Sebagai seorang yang professional saya cadangkan kita adakan Suruhanjaya Diraja untuk mengetahui apakah perkara sebenarnya berlaku, bagaimana cara-cara MACC memilih mana yang nak diselidik, berapa banyak yang sudah diselidik, apakah hasil dari penyelidikan”,katanya.

Beliau berkata, penubuhan badan bebas itu penting kerana mereka boleh memanggil semua pihak untuk membantu siasatan dan tidak terikat dengan sekatan undang-undang.

“Oleh sebab itulah Suruhanjaya Diraja penting. Jadi kalau kita ada Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji kes kematian Teoh ini, jadi dia boleh bagi maklumat-maklumat tanpa dalam keadaan yang dia takut,pemberian maklumat itu akan menjadi kesan beban kepada beliau.Dia hanya untuk menyatakan apa yang benar”,katanya.

Mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan Plaza Masalam yang diserahkan oleh SPRM, Tan Sri Khalid berharap, ia dapat membantu pihak polis menjalankan siasatan dengan adil, berhubung kematian Teo.

1 comment:

ANON ENON said...

Ya lah.. kita serahkan kepada Polis.. mereka lwbih arif dalam hal ini. Aku UMNO pun nak tau juga siapa yang salah, salah tetap salah, tak kiralah dia dari UMNO ke atau PKTR ke atau DAP ke... kita terima.... bolehkah penyokong2 PKR buat macam gitu

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese