17 July 2009

Keluarga dan penyokong Pembantu Exco Selangor tidak puashati SPRM gagal jaga keselamatan


MENTERI BESAR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco Kerajaan Selangor serta penyokong berhimpun di pekarangan Plaza Masalam sambil membawa lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di tingkat lima bangunan tersebut,semalam - Utusan

Penyokong pakatan pembangkang berkumpul di pekarangan Plaza Masalam di sini malam ini sambil menyalakan lilin dan memegang bunga sebagai tanda berkabung berikutan kematian Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock, 30

Mereka turut membawa sepanduk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa gagal menjaga keselamatan Beng Hock, salah seorang saksi kes yang sedang disiasat suruhanjaya itu.

Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkumpul sejak pukul 7 malam dan turut disertai ahli keluarga Beng Hock dan teman wanitanya.

Semasa berkumpul, kumpulan itu melaungkan rasa tidak puas hati atas kejadian yang menimpa Beng Hock dan menyalahkan SPRM serta pemimpin Barisan Nasional (BN) sebagai punca kejadian tersebut.

Mereka juga menyamakan kematian Beng Hock dengan kes kematian S. Kugan, suspek yang mati di dalam lokap polis awal tahun ini.

Sambil berkali-kali menjerit meminta SPRM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian Beng Hock, kumpulan tersebut bersurai pada pukul 11 malam selepas diarah berbuat demikian oleh pihak polis.

Berita berkaitan:
Kenapa baju terkoyak

Exco tidak puashati

Polis klasifikasi sebagai kematian mengejut


No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese