11 July 2009

Hadi confident of win - Malaysiakini



PAS president Hadi Awang is confident of a win in Manek Urai even though the Umno-BN machinery is using the police in curtailing PAS' ability to organise ceramah and meet the people.

The media he says has never been fair in their reporting, but even so the people have chosen PAS for Kelantan.

He commends the PAS party workers for their hard work and dedication.

PAS yakin pertahankan kemenangan - Ustaz Hadi


PAS percaya bahawa penduduk Manek Urai akan memberikan sekali lagi kepercayaan kepada calon parti itu memenangi pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata walaupun PAS berdepan dengan Umno-BN yang menggunakan jentera kerajaan serta agensi-agensi kerajaan, beliau tetap optimis dengan gerak kerja jentera pilihan raya PAS yang rapi dan tersusun.

"Saya yakin dan berpuas hati dengan jentera pilihan raya PAS terutamanya Kelantan dan Kuala Krai, walaupun berdepan dengan Umno-BN yang menggunakan jentera serta agensi-agensi kerajaan," katanya kepada pemberita pada sidang media petang tadi.

Jelasnya, PAS dijangka mencapai kemenangan dengan peningkatan majoriti pada pilihan raya kali ini.

Dalam pada itu, Ustaz Hadi menggesa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) agar mengambil inisiatif untuk mengajak pengundi di luar untuk balik mengundi.

"SPR mesti mengajak pengundi luar balik dengan mengambil sebarang inisiatif untuk memastikan peratus pengundian bertambah.

"Mereka ini sepatutnya mendapat cuti bergaji apabila pulang mengundi nanti," tegasnya.

Ditanya mengenai permit ceramah yang dikatakan menjadi isu dalam pilihan raya kali ini, beliau menyatakan bahawa ia hanyalah masalah teknikal.

"Masalah tersebut tidak berbangkit, kerana ia hanyalah salah faham apabila pihak polis memaklumkan mengenai tempoh perkhidmatan mereka selama 24 jam itu rupa-rupanya tidak termasuk hari Jumaat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau yang juga ahli parlimen Marang menyatakan bahawa pihaknya akan memberikan kerjasama kepada semua pihak dalam memberikan maklumat kepada rakyat.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim, Abdul Rahman, serta Pengarah Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Abdul Fatah Harun.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese