04 July 2009

GMI gesa rakyat turun Himpunan 1 Ogos


http://dppwp.files.wordpress.com/2009/06/stiker-isa.png?w=468&h=166

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini mengedarkan risalah untuk mengingatkan orang ramai mengenai perhimpunan besar-besaran anti-ISA yang dijadual berlangsung di ibungara pada 1 Ogos depan.

Mereka mengedarkan risalah tersebut di kompleks membelibelah SOGO dan kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman petang tadi.

Program itu bermula dengan sidang akhbar oleh pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh di depan pintu masuk SOGO.

Beliau disertai oleh ahli exco Pemuda PAS, Mohd Sani Hamdan dan juga setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad, yang juga timbalan pengarah sekretariat perhimpunan anti-ISA tersebut.

Kira-kira 19 anggota polis berpakaian seragam dilihat memantau keadaan di situ.

Pada mulanya pada kira-kira jam2.15 petang, Kamaruzman menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai program mereka hari ini.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese