23 July 2009
Gas Murah = Elektrik Murah
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan buat masa ini mengekalkan tarif elektrik untuk membuat kajian lebih mendalam berhubung cadangan supaya ia dinaikkan.
“Tiada keputusan mengenai tarif elektrik dibuat. Ia kekal sebagai status quo," kata Perdana Menteri pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di sini semalam.
Beliau diminta mengulas sama ada mesyuarat Kabinet membuat keputusan berkaitan cadangan menaikkan kadar tarif elektrik.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin, berkata Kabinet dijangka membincangkan cadangan itu dan jika diluluskan ia akan berkuat kuasa bulan depan.
Chin berkata, kenaikan dianggap perlu memandangkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak mampu menampung kos kenaikan bahan api khususnya minyak.
Najib juga berkata, Petronas terpaksa menanggung jumlah subsidi yang besar sehingga RM6.4 bilion setahun berikutan kenaikan harga gas.
"Wang ini boleh dipindahkan kepada kerajaan untuk membiayai projek dan dibelanjakan untuk rakyat. Tetapi ini semua habis diagihkan sebagai subsidi gas. Saya minta jangan buat sebarang spekulasi,” katanya.
Tarif Elektrik Bergantung Pada Kenaikan Harga Gas ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
apa punya kerajaan dah....dulu org tnb kat tak guna minyak guna arang batu sebab lagi murah...tup-tup kata guna minyak....ni apa cerita ni tak habis habis nak bodohkan rakyat....masa minyak murah tak nak pulak turun bongkak kata tak guna minyak guna arang batu....munafik betul TNB ni
Minyak naik kata guna minyak...
Minyak turun arang batu naik kata guna arang batu..
Arang batu turun gas naik kata guna gas...
Gas turun minyak naik kata guna minyak pulak....
Kan senang kalau terus terang...
Itulah hadiah yang ke-13 sempena 100 hari Najib jadi Perdana Menteri. Sebelum ini dah terima hadiah yang ke-12 iaitu kenaikan tambang kenderaan awam. Saku siapa yang sendat? Heh... heh... Malaysia makmur Satu Malaysia tahu Satu Dunia juga!
Post a Comment