30 July 2009

BERNAS dimiliki Syarikat Asing?



Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, hari ini meminta Kerajaan memperjelaskan kepada rakyat mengenai penjualan saham Bernas, kepada firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd.

Justeru itu demi menjaga masa depan negara, Kerajaan kena ambil alih impot beras, tidak perlu beri kepada syarikat, kata Mahfuz menjawab soalan pada sidang medianya petang di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. yang kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara.

Mengikut laporan tersebut, berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia baru-baru ini, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Sementara itu, Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) turut membantah dan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk mengembalikan saham Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang kini dimiliki orang luar ke tangan rakyat Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Gabem akan membuat gesaan bertulis kepada kerajaan supaya kedudukan saham Bernas itu dikaji semula.

”Kalau boleh biar Bernas jadi macam badan korporat di mana sahamnya diapungkan di pasaran jadi komoditi strategik.

”Macam mana kita boleh benarkan sampai 30 peratus komoditi penting seperti makanan harian rakyat Malaysia dikuasai orang luar,” soalnya, lapor Utusan.

Demi kepentingan rakyat dan negara, industri strategik negara termasuk beras mesti dikuasai rakyat negara ini jika tidak dikuasai kerajaanpun.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese