05 July 2009

150 Ribu Orang Dijangka Sertai Perhimpunan Mansuh ISA

Penganjur Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menjangkakan seramai 150,000 orang akan menyertai perhimpunan besar- besaran mendesak kerajaan Malaysia supaya segera memansuhkan undang-undang zalim itu kerana ia sudah lapuk dan tidak sesuai dengan status malaysia sebagai sebuah negara demokrasi moden.

GMI yang dianggotai oleh puluhan pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik hari ini turun padang untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap ISA yang membolehkan kerajaan menghukum seseorang tanpa diadakan perbicaraan.

Undang-undang itu sering di gunakan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menindas ahli politik dan aktivis masyarakat yang tidak bersependapat dengan kerajaan ataupun menjadi ancaman politik kepada UMNO- BN.

Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan ahli jawatankuasa GMI mengedarkan risalah disekitar Kuala Lumpur mengenai perhimpunan besar-besaran anti-ISA pada 1Ogos 2009 ini.

Mereka menggesa rakyat menyertai perhimpunan itu untuk mendesak supaya akta zalim ini dimansuhkan segera.

Syed Ibrahim berkata jaminan UMNO-BN untuk mengkaji semula ISA tidak boleh disifatkan ikhlas kerana akta itu terus digunakan untuk membuat tangkapan baru.

"Kerajaan telah membuat saranan. Untuk mengkaji semula ISA dan juga telah membebaskan tahanan apabila Perdana Menteri baru telah dilantik. Pembebasan telah

dibuta. kami telah memaklumkan dalam kenyataan media kami masih ada lagi penahanan baru dibawah ISA aiatu pada 25 Jun 2009, 3 orang dan perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Negara namun perkara ini tidak diumumkan kepada pihak media mahupun rakyat, Itulah Undang-undang ISA iaitu 'Ikut Suka Aku',"k atanya.

Lantaran itu, GMI sepakat untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran untuk menuntut pemansuhan terus ISA kerana ia menzalimi rakyat.

" Perhimpunan ini untuk menyeru rakyat daripada pelbagai kaum daripada pelbagai budaya untuk menunjukkan dan menyampaikan mesej yang jelas dan lantang kepada

Kerajaan bahawa tidak boleh ada lagi undang-undang rimba yang menzalimi rakyat Malaysia," Tambahnya lagi.

Dalam pada itu, ahli EXco Pemuda PAS, Mohd Sani Hamdan menyeru orang ramai supaya menganggap perjuangan memansuhkan akta ISA ini sebagai tanggungjawab bersama.

" Bagi yang pertamanya tuntutan kita untuk membubarkan satu akta yang saya kira sangat zalim, suatu akta yang diluar norma kita, akta JAKUN yang masih dikekalkan UMNO dan Barisan Nasional sebab itu kita mengharapkan sokongan seluruh rakyat Malasysia supaya Kem Kamunting itu ditutup," kata Sani.

3 comments:

Anonymous said...

saudara nik hassan boleh kah saudara rakan rakan yang lain jelaskan kepada saya kenapa kita perlu mansuhkan ISA. kenapa saddam hussin lebih baik dalam mengawal Iraq bebanding sekarang dalan isu rusuhan puak di iraq. tanpa ISA bangsa asing akan besar kepala. mungkin saudara suka sesiapa boleh buat dan cakap sesuka hati.
-pejuang melayu

ATASPAGAR said...

150,000???? wakakakakiok

abu muaz said...

Yang nama Mat Shah tu bangsa asingke? mat Sabu yang pernah kena dulu tu orang asing ke? Cuba mintak nama tahanan di kamunting kem sekarang berapa ramai orang asing dengan orang melayu Malysia sendiri?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin