Diawal ucapan Ir Nizar beliau mengimbau sedikit percanggahan pandangan tentang Kerajaan Perpaduan. PAS di Perak hampir tertekan Kelab penyokong PAS (KPP) cuba memulaukan program anjuran PAS dan Pakatan Rakyat.
Akhirnya dengan ketegasan TGNA akhir segala kekeliruan dapat di selesaikan, ujar Nizar.
Ketika mengulas tentang kemelut politik Perak beliau menjangka keadaan akan bertambah rumit, permohonan bagi pihak PR mahukan penghakiman 11 orang hakim ditolak. Hanya 5 orang hakim yang akan dibenarkan untuk mengadili kes ini.
YB Nizar menjangka keputusan ini bakal akan menyebelahi BN. Sememangnya BN akan menggunakan apa sahaja demi kerakusan mereka.
Walau bagaimanapun Pakatan Rakyat tidak akan mengalah dan akan terus menggesa DUN Perak di bubarkan.
Nizar juga berkata, jika persidangan DUN akan datang giliran Adun PR pula akan mengheret keluar Speaker haram Ganeson bagi membalas tindakan jahat UMNO-BN sebelumnya.
Jika Perak tidak mahu malu dimata dunia, jalan terbaik menurut Nizar lagi adalah kembalikan hak rakyat dan biar rakyat membuat keputusan.
Akhirnya beliau menyeru seluruh pemimpin, penyokong, bloggers disetiap posisi bersiap siaga kerana UMNO dijangka akan membubarkan Dun Perak jika BN sudah bersedia. telokbakong.com
No comments:
Post a Comment