GOMBAK: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang dilabel "sebagai terlalu liberal ke arah Umno" susulan pilihan raya umum 2008, hari ini menegaskan, kepimpinan parti itu tiada niat langsung untuk sertai Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Saya ambil kesempatan di sini untuk sekelian kalinya menegaskan bahawa pemimpin tertinggi parti tidak pernah punya sebarang niat atau perancangan untuk masuk Umno atau BN.
"Dan, saya amat percaya adik-adik saya di dalam Dewan Pemuda PAS bersama-sama saya dalam agenda ini," kata beliau ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Ke-50 di sini, malam ini.
Nasharudin yang menjadi sasaran kecaman sebahagian pemimpin PAS ekoran langkah beliau mengorak perbincangan menjalin hubungan dengan Umno berkata, pihaknya akan mempertahankan parti itu daripada sebarang unsur yang cuba merobek dan mengganggu keutuhan jemaah.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menentang sebarang usaha ke arah menjalin hubungan dengan Umno dan BN.
"Islam yang kita perjuangkan ini diambil nasnya dari al-Quran dan al-Sunnah.
"Al-Quran dan al-Sunnah lah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh dan siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana pula untuk berdamai," kata Nasharudin.
Sehubungan itu, Nasharudin yang berhadapan dengan saingan daripada dua calon Jumaat ini memberitahu:
"Sekali saya menegaskan bahawa prinsip dan dasar Islam yang kita perjuangkan akan sekali-kali tidak berganjak.
"Namun kaedah dan uslub boleh diubah. Akan kita perkukuhkan saf kita sendiri dan juga saf Pakatan Rakyat yang telah kita ijtihadkan sebagai wadah politik kita untuk berdepan dengan Umno dan BN."
5 comments:
Dah kena terok ubah pendirian pulak.Tak ada telok punyai pemimpin.kalau pemimpin yang berperinsip berpegang tegoh lah dengan penderian anda.Just say I love UMNO
Silap Pangkah, PAS AKAN KALAH PRU 13! Satu ingatan yang baik..Baca http://perakexpress.com/www/?p=4046
Betul, PRU 13 PAS akan kecundang seperti PRU 2004.....betapa tidak idea pemimpin PAS berubah-berubah masih dalam paradigma kolok.Sekejap haram sekejap halal.Di dalam majlis DAP tercungap-cungap takut tersentuh 'tangan babi'balik rumah samak 7 kali air.Wah kalu gitu susah menang PRU 13.
Sepatutnya kita bolih berbeza pendapat dan menghormati pendapat orang lain walaupun pendapat itu tidak sama dengan kita, selagi ianya tidak membawa kepada maksiat dan perkara2 yg haram.
Tak perlulah meletakkan label ka, menuduh yg bukan2 dan spekulasi yg tak betul.
Seorang pemimpin mempunyai hak prerogative untuk bercakap dgn sesiapapun kawan ataupun lawan. Kenapa kita bersikap biadap dan tidak memberi ketaatan dan kepercayaan kpd pimpinan?
Terimalah nasib pada PRU13...seandainya perwakilan memilih hantu jerangkong ni....
Orang lain bermati-matian untuk menghancurkan UMNO/BN.Ada yang kena ISA dan bermacam-macam penganiayaan UMNO.......alih-alih mamat ni dalam gelap buat kerja jahat......
Kalau perwakilan memilih mamat ni...
PAS akan menerima padah yang dasyat kelak........
Pandangan peribadi saya pada PRU12 orang melayu dah tak peduli DAP kah,PKR kah,yang penting UMNO/BN mesti dinyahkan !
Tak kan PAS tak nampak dan sedar sikap pengundi melayu sekarang.
Utusan Malaysia atau media arus perdana orang melayu dah tak berapa hairan......apa lagi yang PAS mahu ?
Post a Comment