27 June 2009

Tok Guru Nik Aziz: Komunis dan Umno Serupa tolak Islam



Majlis pengisytiharan Calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai di Manek Urai Lama – 26 Jun 2009

“Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w.”

“Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup,” kata Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Laporan tersebut dibuat Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian di Balai Polis Kota Bharu kelmarin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese