24 June 2009

Standing Pua suspended from the House



Ahli parlimen DAP Tony Pua digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat sepanjang hari ini selepas enggan duduk walaupun diarah berbuat demikian ketika perbahasan seorang anggota BN.

Timbalan Yang Dipertua Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan ahli parlimen Petaling Jaya Utara meninggalkan dewan setelah berkali-kali diarah duduk.

Pua berdiri sebagai menunggu untuk mencelah sewaktu Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) tetapi enggan membenarkannya.

Wan Junaidi meminta Pua duduk bagi membolehkan Tajuddin berucap sehingga dibenarkan mengambil bahagian.

Apabila Pua masih juga berdiri, maka timbalan speaker itu mengarahkannya supaya keluar Dewan dan menggantungnya selama sehari.

Wan Junaidi kemudiannya memberita pemberita bahawa beliau menggantung Pua kerana ahli parlimen DAP itu "bertikam lidah dengannya".

Pua pula, dalam satu komen dalam blognya, berkata "beliau dihalau keluar dari Parlimen hari ini atas sebab yang paling bebal".

Pua turut mencerita apa yang berlaku di Dewan sehingga dia digantung sehari.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese