18 June 2009

Shahrizat pelawa pemimpin wanita PAS bincang soal perpaduan



KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempelawa pemimpin wanita PAS untuk berbincang soal perpaduan orang Melayu bagi memelihara perpaduan ummah.

"Saya akan mengeluarkan jemputan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS bagi bertermu dan membincangkan isu itu secara ikhlas. Saya harap Dewan Muslimat akan menerima jemputan saya," katanya dalam "Facebook" beliau malam tadi.

Shahrizat, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata beliau membuat pelawaan itu kerana pemimpin dalam pembangkang tidak mampu membuat pendirian mengenai idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga menggesa parti-parti dalam barisan pembangkang supaya menghentikan semua sandiwara dan main wayang mengenai isu tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata UMNO terbuka kepada perbincangan seperti itu dengan PAS. BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

Ketua Dewan Muslimat PAS tidak sanggup untuk berbincang dengan Shahrizat kerana dia tu pengecut sikit dan no idea untuk memberi agenda PAS.Wanita PAS akan bungkus seluruh tubuhnya daripada perbincangan..... kita tunggu.

Anonymous said...

Shahrizat bangsa apa. Kalau puak Mahathir, tak payah la kirim salam lah semua nya kaki belit.
Shahrizat pakai tudung pun nampak jambul dan mekap kat muka tebal dua inci macam mana nak berbincang dengan muslimat PAS nampak macam .... la tak sanggup nak sebut disini.
Shahrizat elok lah buat perpaduan dalam wanita UMNO dan UMNO sahaja dulu. Nobody wamts to listen to you.

Anonymous said...

Lebih baik Ketua Dewan Muslimat PAS berbincang dengan 'Pemakan Babi' kalau dah penakut sesama Islam untuk berbincang dengan pelbagai alasan.Itulah dia apabila berada dalam 'bingkai tempurung'telah memberi kesan yang cukup negatif.

Qaseh Bonda said...

Patutnya PAS tu yang kena pelawa hampa...ternyata PAS lebih layak dihormati sebagai ibu...mendidik anak2 untuk jadi lebih baik...

Ramai mak2 sekarang dok follow hampa lah anak2 orang melayu pakat jadi cacamarba...sudah tak kenai yang mana jantan yang mana betina.

Hamba ni pun rasa amat malu dengan orang2 PAS yang kukuh dengan tudung labuh ini kan pula tuan hamba yang dok remos sampai ke tua...

kalau takat nak sebai baik tak payah bertudung...ikut ja nyonya mansor.

Tak fahamlah wanita2 yang semakin hari semakin tua masih dok ingin sangat melawan zaman.

Bukankah ramai anak2 orang UMNO terlibat dengan kegiatan tidak bermoral pun mak2 masih tak faham2 lagi.

Cubalah pakat2 mengaji dirumah sama...anak2 nak buat jahat pun tak sampai hati bila tengok mak2 pakat nak berubah...

Ini tidak...berlumba2 sama anak2...heng sana...heng sini...
simpan ja lah niat nak bincang pasal perpaduan kalau diri sendiri pun masih tak padu.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin