26 June 2009

Pengumuman Calon PAS N41 Manek Urai

Pengisytiharan Calon
26 Jun 2009, 09.00 malam
Markas UPU Manek Urai Lama
Tok Guru MB, Tok Guru Presiden, YB Lim Kit Siang, Dato’ Husam, Saifudin Nasution

PAS Kelantan akan mengisytiharkan calonnya yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kuala Krai dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Markas PAS Peti Undi Manek Urai Lama malam ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat dijangka akan mengumumkan calon PAS tersebut dalam satu ceramah yang akan dihadiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, pemimpin DAP, YB Lim Kit Siang dan Pengarah Strategi PKR, Sdr Saifudin Nasution.

Langkah PAS mengisytiharkan calon di Peti Undi Manek Urai Lama dilihat sebagai satu strategi untuk menguatkan kedudukan PAS di peti undi tersebut dan juga peti undi Manek Urai Baru yang dimenangi dengan majoriti kecil dalam pilihan raya umum lalu. prkn41.pas.org.my

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin