22 June 2009
PAS tamatkan kemelut isu kerajaan perpaduan
Nik Aziz tarik balik kenyataan terhadap Nasha - Malaysiakini.tv
Kenyataan penuh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat:
"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.
"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.
"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.
"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Untuk menghadapi pilihanraya kecil di Manek Urai, maka pertikaian mengenai UG perlu diredakan.Ramai faham ni....
minta pandangan pembaca bolehkah kita pastikan negara islam terbentuk jika pakatan rakyat menang pilihanraya ke13.bagi ana baik perkara ini diperjelaskan dalam bentuk perjanjian sebelum kita menang. takut kena tipu nanti. sebelum menang tak leh capai kesepakatan,bila berkuasa nanti lagilah.sebab perjuangan kita memartabatkan islam bukan sekadar menumbangkan umno. Ini yang membezakan perjuangan kita dari DAP dan PKR(mereka duniawi sahaja)
pis said...
minta pandangan pembaca bolehkah kita pastikan negara islam terbentuk jika pakatan rakyat menang pilihanraya ke13.
...................................
sdr pis,
andaikan PAS tak dapat wujudkan Negara Islam selepas PRU13 nanti, apakah perjuangan Islam gagal?
para rasul meletakkan kejayaan usahanya "bila setiap insan atas muka bumi ini dapat sujud kepada Allah, walaupun gagal mewujudkan negara Islam" semasa hayat mereka.
pada saya satu kemenangan moral yang besar bila dapt robohkan benteng pemisah antara Islam dengan bukan Islam di Malaysia. walaupun perjalanan negara Islam masih jauh, tapi Islam semakin dekan dengan hati rakyat Malaysia. PAS tiadalah dicurigai/ ditakuti. Imej pemimpin2 PAS semakin meningkat. Dakwah kebenaran Islam sudah menjalar dihati rakyat Malaysia. Itu kemenangan yang semakin nyata, walaupun tidak diterjemahkan lagi dalam seluruh peti undi PAS. Insyaallah, janji Allah semakin hampir.
Tak bolehkah bersabar bagaikan tempuh usaha nabi Nuh dengan umatnya. Andai kata PRU13 masih gagal, apakah PAS akan menyalahkan PR dan memisah dari medan dakwah yang semakin berkembang ini? Sedangkan masyarakat mengambil masa untuk tunduk kepada kebesaran Allah.
Apakah matlamat PAS hanya Negara Islam saja? jika itu tidak dicapai dengan segera maka kita akan tutup pintu "persahabatan" dengan DAP dan PKR? Apakah pasti Umno mengotakan kata mereka untuk PAS?
Tolak gelaran Dato' ................
Dalam sibuk2 orang nak muqobalah dan kerajaan perpaduan......ramai orang/ahli PAS marah......sebab tak setuju dengan nak bergabung atau nak berbaik2 dengan umno...
Saya mendapat berita...... Hj Mohamad Sabu telah menolak tawaran untuk mendapat Dato' untuk ulangtahun TYT Penang yang akan datang nie......
Ini bukan kali pertama rupa2nya....
Ini kali kedua beliau menolak tawaran penganugerahan Dato' dari TYT Penang.....
Walau sebenarnya cuma Penang sahaja yang ingatkan kat dia...... negeri lain yang PAS perintah jangan harap...
Walaupun sebenarnya ....itulah prinsip beliau kerana...Dato' tiada membawa apa2 makna di dunia ni.....beliau berkata begitu, setelah merujuk kepada para ustaz dan ulama ....kerana hidup di dunia ini yang penting ialah mencari "Mardho Tillah....." bukan nama atau pangkat, disamping keikhlasan untuk berjuang.....
Bak kata Mat Toi juga......." semua dunia tu......."
Prinsip pemimpin PAS lain......ha ha .....saya tahu
tuan abu dzar tuan membuat saya bertambah confuse kerana apa yang diketengahkan oleh tuan lebih mudah kita apply jika kerajaan perpaduan terbentuk. kenapa kita/palestine tidak apply pemikiran yang sama dengan apa tuan fikir dalam hubungan dengan israel/kafir? kafir tidak bersetuju dengan kita. dimana keikhlasan PR jika ada dua parti melayu dalam satu pakatan 1/2 PKR+ PAS. kenapa mlayu tidak bersatu dalam PR. ya allah berilah aku dan bangsaku pertunjuk.
abu dzar said
Apakah matlamat PAS hanya Negara Islam saja? jika itu tidak dicapai dengan segera maka kita akan tutup pintu "persahabatan" dengan DAP dan PKR? Apakah pasti Umno mengotakan kata mereka untuk PAS?
saya rasa tuan juga confuse seperti tuan pis. adakah kita akan tutup pintu PERSAUDARAAN dengan umno hanya kerana dengara islam? PERBEZAAN ANTARA UMNO DAN PAS YANG TIDAK BERORIENTASIKAN POLITIK HANYALAH ISU PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM.pas boleh memainkan peranan penting dalam isu agama didalam kerajaan berbanding di dalam pakatan pembangkang. be a decision maker.
apa mulianya dap (persahabatan)berbanding hubungan persaudaraan. kadang- kadang cara kita tidak menggambarkan niat kita.
abu dzar said
tapi Islam semakin dekat dengan hati rakyat Malaysia.
musuh islam mendekati islam untuk merosakkan islam. apa dah jadi di iran?jaga muslihat DAP. jika melayu bersatu negara maju, maka itu menjadi satu dakwah kepada bukan islam. apa persepsi orang bukan islam jika satu dunia, orang islam paling susah bersatu. kita terlalu banyak alasan untuk tidak bersatu!
Post a Comment