18 June 2009

PAS bincang isu Nik Aziz minta Nasharuddin lepas jawatan Isnin ini



Desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti kerana menyokong kerajaan perpaduan, dijangka dibincang pada mesyuarat parti itu Isnin ini yang akan dipengerusikan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata beberapa pemimpin parti itu.

Menurut mereka, Abdul Hadi yang kini berada di London, dijadual pulang Sabtu ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau memang terkejut dengan kenyataan yang agak keras oleh Nik Aziz terhadap Nasharuddin.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menganggap ianya adalah satu permulaan perpecahan parti.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula berkata, mengikut tradisi parti, perkara sedemikian akan diputuskan pada mesyuarat parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Taib Azamuddin Md Taib pula berkata beliau yakin pemimpin peringkat tertinggi parti itu mampu menyelesaikan perkara tersebut.

Semalam, Nik Abdul Aziz secara terbuka meminta Nasharuddin meletakkan jawatan dalam parti serta sebagai Anggota Parlimen Bachok, jika beliau masih berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin masalah itu mampu diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan Pas manakala pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau akan mendengar sendiri penjelasan berhubung perkara itu daripada Presiden PAS pada mesyuarat Isnin ini. BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

Keras orang tua seperti TGNA hanya pada mulut sahaja.Hatinya tidaklah keras sangat.Kita kena faham keras orang tua tidak memberi apa-apa kesan.Jangan diikut sangat boleh menyusahkan orang muda.

Anonymous said...

tak dengar kata!! dah la tak boleh dihubungi, dop tahu ile kemana, bukan nok gi jupo ore tuo..
org tua tak penah menyusahkan, cuma org muda je tak dgr kata,,
molek sangat la prangai lagu tuh,,

muslim said...

jenis org lupa daratan... naik dengan cara pengaruh dan taasub camtulah sampai satu tahap Allah akan tunjukkan... skarang tgk sehari dua lagi... apa akan jadi.. negeri pun x pernah perintah, bertanding pun ehsan tempat orang berangan nak cakap pasal UG, lepas tu x dengar nasihat orang... sahut jerlah cabaran tok guru tu

Anonymous said...

Oang dok bising kata Ust Nasa Hilang...kelmarin aku SMS dia..dia jawab pun...malam kelmarin ada cina cakap dia jumpa Ust Nasa kat KB...tak ada apa-apa masalah pun.

Setahu akulah orang yang tak suka orang PAS jadi ahli parlimen ni ni orang UMNO je...eerrr muslim kamu ni umno serupa dengan pokcu ke?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese