22 June 2009

Pakatan tolak idea kerajaan perpaduan


Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kenyataan Akhbar: Pendirian Pakatan Rakyat berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Pakatan Rakyat’s Stand on Unity Government

1 comment:

Setia said...

Sebaik-baik perancang ialah Allah s.w.t.

Dalam berparti atau bernegara/kerajaan gunalah protokol.

Apabila menggunakan pintu belakang....pecah berantakan pekung busuk Umno/BN.

Menggunakan pintu belakang ini sudah menjadi makanan harian Umno/BN dan natijahnya negara mengalami kehancuran dari segenap bidang dalam membina tamadun.

Pintu belakang di gunakan dalam :
1.pendidikan
2.kesihatan
3.keselamatan dan undang-undang
4.dll.....

Rasuah adalah lebih tepat untuk di gambarkan dalam kehidupan ahli dan pemimpin Umno/BN.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese