06 June 2009

Nasharuddin kekal Timbalan Presiden, Nizar ketuai Jawatankuasa Pusat Pas



Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengekalkan jawatan beliau bagi penggal ketiga, mengalahkan dua pencabar, Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Beliau memperolehi majoriti 199 undi, dengan meraih 480 undi manakala pencabar, Husam mendapat 281 undi dan Mohamad Sabu memperoleh 261 undi.

Menurut Pengarah Pemilihan Muktamar Pas, Mustafa Ali, hanya 1,026 dari 1,044 perwakilan yang layak mengundi telah membuang undi semalam.

Pemilihan Muktamar Pas ke-55 bermula jam 3 petang dan tamat sekitar jam 6 petang. Menurut Mustafa, pengiraan hanya bermula dari jam 7.30 malam dan tamat sekitar jam 2 pagi hari ini.

Sementara itu, tiga kerusi Naib Presiden dimenangi muka baru. Persuruhjaya Pas Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man mendahului senarai pemenang jawatan Naib Presiden dengan mendapat 871 undi, diikuti Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga bekas Ketua Pemuda, Salahuddin Ayub, 825 undi serta bekas Ketua Penerangan Mahfuz Omar, 636 undi.

Sejumlah 176 bahagian Pas seluruh negara terbabit dalam pemilihan ini untuk penggal 2009 hingga 2011.

Bagi perebutan kerusi Jawatankuasa Pusat pula, Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin mengukuhkan reputasi beliau sebagai fenomena politik baru dengan mendahului 60 pencabar lain.

Beliau meraih undi terbanyak 854 undi.

Nizar disertai Menteri Besar Kedah Azizan Abdul Razak dengan 653 undi. Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo Ghazali menjadi satu-satunya penjawat wanita di Jawatankuasa Pusat Pas dengan 589 undi.

- Keputusan Penuh Pemilihan Muktamar PAS ke-55 -

Pengerusi Tetap
Ustaz Abu bin Kasim (menang tak tanding)

Tim. Pengerusi Tetap
Haji Hussin Ismail – 609

Presiden
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tak tanding)

Tim. Presiden
Nasharuddin Mat Isa – 480

Naib Presiden (3 kerusi)
Naib Presiden I: Dato Tuan Ibrahim Tuan Man – 871
Naib Presiden II: Haji Salahuddin Ayob – 824
Naib Presiden III: Dato Haji Mahfuz Omar – 663

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (18 kerusi)

1. Datuk Seri Nizar Jamaluddin - 854
2. Haji Idris Ahmad – 799
3. Dato Kamaruddin Jaafar – 769
4. Dato Seri Azizan Abd Razak – 653
5. Dato Dr Hassan Ali – 642
6. Dr Hatta Md Ramli – 638 (Bendahari)
7. Hj Abd Ghani Shamsuddin – 637
8. Dato Hj Abu Bakar Chik – 622
9. Hj Hanipa Maidin – 619
10. Dato Amiruddin Hamzah – 606
11. Dr Lo Lo Hj Md Razali – 589
12. Hj Ghani Abdul Rahman – 584
13. Dr Dzulkifly Ahmad - 576
14. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – 530
15. Haji Hashim Jasin – 522
16. Mazlan Aliman – 513
17. Ustaz Taib Azamudden Md Taib– 508
18. Dr Mujahid Yusof Rawa - 448

3 comments:

TEKONG DARAT said...

salam ziarah...
blog ini telah di sambung dgn tekong darat

pria malaya said...

“Selepas pemilihan ini nanti, diharapkan semuanya tetap memberi sokongan kepada mereka yang dipilih samada mereka golongan ulamak atau pun tidak. Segala teguran mahu pun kritikan oleh sesiapa, anggaplah sebagai pemacu semangat kepada pimpinan untuk terus membuktikan bahawa `Umno/Bn Gagal Musnahkan PAS dan PR”

Semoga kalam azimat ini menjadi sandaran dan intipati perjuangan seluruh ahli jemaah, pendokong dan penyokong gerakan PAS…perjuangan kita berbeza dgn perjuangan ‘mereka’, maka dgn itu, cara kita juga perlu berbeza dgn cara ‘mereka’..sahutlah keputusan perwakilan dgn hati yg terbuka dan berlapang dada…

Pada calon yg tewas pada pemilihan kali ini, teruskan berbakti dan bersetia dgn parti..perjuangan tidak terhenti setakat ini..diluar sana musuh sentiasa bersiap sedia untuk mencari titik kelemahan dan kekurangan..waktu dan ketika inilah ‘mereka’ sedaya upaya mempengaruhi, memprovokasi setiap calon dan penyokong calon yg kalah untuk dijadikan modal memecahbelahkan jemaah..

baca seterusnya disni…
http://priamalaya.blogspot.com/2009/06/nasharuddin-kekal-tp-pasgandingan.html

Anonymous said...

Senang-senang berpakat dengan UMNO je tak payah sakit kepala.Parti UMNO pun terdiri daripada orang Islam juga.......Pelopor perpaduan tak boleh nafi dipimpin oleh UMNO sejak merdeka dahulu.Jika PAS huru hara lama doh.....lerning baru nak cakap perpaduan jer.!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese