26 June 2009

Mufti Perak Ambik Isu Tengah Jalan



Ketua Penerangan PAS Terengganu yang baru dilantik, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh berkata Mufti Perak mengambil isu kerajaan perpaduan di tengah jalan.

Sebab itulah, katanya, Tan Sri Datuk Harussani Zakaria telah menuding jari kepada PAS seolah-olah PAS yang menolak perpaduan.

Beliau berkata sebenarnya UMNO yang tidak jujur dan tidak ikhlas dalam isu kerajaan perpaduan, sedangkan PAS benar-benar ikhlas.

”Sekiranya UMNO jujur dan ikhlas, di (UMNO) tidak gunakan isu ini untuk melagakan dalaman PAS,

”sepatutnya UMNO berbincang dengan pimpinan PAS, tapi bila benda ini disebarkan (melalui) media menyebabakan salah tanggapan berlaku dikalangan masyarakat,”katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media di Mahaad Tahfidz Wal Tarbiyah semalam.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS, sebab itulah ada kemunasabahan Presiden PAS menarik balik perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu, dalam sidang media yang sama, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berkata PAS tidak bergabung dengan Cina ataupun DAP kerana ia adalah hanya ‘tahaluf siyasi’ atau sebuah kerjasama politik.

”Dengan DAP kita hanya adakan tahaluf iaitu kerjasama politik, termasuk juga dengan Parti Keadilan (Rakyat),

”dan dia (ia) bukan satu gabungan, mereka kekal dengan ideologi mereka dan kita (PAS) kekal dengan ideologi dan prinsip kita,”tegasnya.

Katanya, dengan kerjasama diantara rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, satu persefahaman politik dapat dicapai dalam menghadapi isu-isu yang disepakati bersama.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata Mufti Perak mestilah menjadi seorang Mufti dan bercakap dengan lidah alim ulama’ bukannya bercakap dengan lidah politik.

”Mufti Perak kena jadi Mufti, maknanya dia kena bercakap untuk kepentingan Islam, dalam kes kerajaan perpaduan, mufti kena hurai apa makna kerajaan perpaduan, dia jangan (bagi) kata kesal ke, tak patut ke,

”mufti mesti memberikan gambaran apa juga yang dia faham untuk membantu menyelesaikan maslah umat Islam,”tambahnya.

Katanya mufti tidak perlu bercakap dengan lidah politik tetapi mestilah bercakap dengan lidah sebagai alim ulama’.

”Dalam aspek ekonomi ke, dalam aspek politik ke, dalam aspek hukum fekah ke, jangan mufti bercakap dengan lidah politik,

”mufti mesti bercakap dengan lidah sebagai alim ulama’ yang tinggi yang memperjuangkan Islam,”jelasnya.

Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh dijemput menyampaikan ceramah di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah sempena sambutan Hari Guru sekolah tersebut

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin