18 June 2009

Konsep Kerajaan Perpaduan - Ustaz Harun Taib



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/sidangmediapjbaru.jpgKUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib telah memberikan perpektif, konsep kerajaan perpaduan yang sebagaimana dikemukakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di Pejabat PAS Terengganu semalam, katanya, beliau tidak mahu memberikan komen tetapi akan menerangkan konsep tersebut.

”Sepatutnya saya tidak komen kerana Presiden tidak ada, saya akan menerangkan, bukan pandangan,

”(ia adalah) apa konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan Presiden PAS,”jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru dilantik.

Beliau berkata, konsep kerajaan perpaduan itu mestilah dilihat urutan satu persatu bermula dengan tema ucapan dasar Muktamar PAS baru-baru ini, “Islam Memimpin Perubahan”.

Katanya Negara Malaysia mestilah berubah dan PAS mahu perubahan itu mesti dipimpin oleh Islam.

”Kalau perubahan kerajaan dipandu oleh Islam, perubahan SPR dipandu oleh islam, perubahan kehakiman dipandu oleh Islam,”

”sekarang ini yang mendepani kerja-kerja dan perjuangan Islam adalah PAS, jadi PAS yang akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan, ini satu lontaran,

”jika semua orang (pihak) setuju, DAP setuju, PKR setuju, UMNO Setuju, MIC setuju, MCA setuju dan parti Sabah Sarawak setuju,”katanya.

Beliau berkata sekiranya hanya PAS dan UMNO (sahaja) bergabung, ianya bukan sebuah kerajaan perpaduan tetapi ia adalah sebuah kerajaan gabungan (campuran).

”PAS dengan UMNO tidak timbul, bukan PAS dengan UMNO sahaja, kalau PAS dan UMNO sahaja tak perlu melontarkan secara terbuka (konsep kerajaan perpaduan), bisik-bisik dengan UMNO (sahaja boleh) tubuh kerajaan,

”tidak (akan) berlaku, tidak ada gagasan, tidak ada seorang pun orang (ahli) PAS nak (gabung PAS dengan UMNO),”tegasnya.

Menurutnya konsep kerajaan perpaduan akan dibincangkan disemua peringkat pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Walaupun begitu, katanya, jika semua bersetuju sekalipun, ia tidak boleh dilaksanakan kecuali satu Muktamar Khas diadakan bagi mendapat persetujuan semua ahli-ahli PAS,

Justeru, menurutnya, perlaksanaan kerajaan perpaduan akan mengambil masa dan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin