15 June 2009

Khalid: PAS Tiada Niat SIS Diharamkan




PAS hari ini menjelaskan parti itu tidak berniat menggesa kerajaan bertindak tegas dengan Sisters In Islam (SIS) sehingga mengharamkan pertubuhan itu.

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata tanggapan itu berpunca daripada salah faham dan kegagalan pihaknya menggunakan istilah lebih tepat berhubung isu berkenaan.

"Saya akui wujud kesilapan... kesilapan menggunakan perkataan yang sesuai sebelum dihantar kepada PAS pusat (untuk diterima ke muktamar)," katanya selepas mesyuarat PAS Shah Alam pagi tadi.

Khalid menjelaskan, beliau telah menyedari kesilapan menggunakan perkataan yang "agak keras" dalam usul tersebut.

Usul PAS Shah Alam itu yang diterima tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke- 55 minggu lalu menjadi kontroversi apabila banyak pihak mempertikaikan pendirian parti itu.

"Niat kami bukan meminta agensi kerajaan mengambil tindakan seperti mengharamkan, memenjarakan, menahan atau menangkap ahli-ahli SIS," kata beliau pada sidang media untuk menjelaskan keadaan sebenar di sebalik penerimaan usul berkenaan, di pejabatnya di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meminta Dewan Muslimat Shah Alam yang mengemukakan usul berkenaan supaya memperbaiki dengan menggunakan perkataan yang lebih lembut dari sudut "politik".

2 comments:

Gedung Akal said...

Pulak dah!
Nampak tidak efisyen lah kalau begitu.Usul perkara besar dan niat pun satu perkara besar. Politik pun perkara besar dan perlulah lebih cekap. Itu baharulah boleh dihormati.

Anonymous said...

Gedung,
Kita manusia biasa sahaja lah. Takkan tiap2 kali kita berbuat betul. Khalid megakui & memohon maaf menunjukkan keikhlasan dia. Bukan macam Nasha, sampai sekarang belum memohon maaf. Itu TGNA oh, tau tak. Bukan saya nak bersetuju semua perkara dihujah oleh TGNA. Tapi apa yang TGNA kata memag betul......
Tengok itu menteri kewangan singapura pun boleh memberi penghormatan setinggi2nya kepada TGNA. Macam mana Nasha tak boleh....

looes74

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese