22 June 2009

Kerajaan Perpaduan: Pertemuan meleraikan kemelut

Setelah beberapa minggu PAS bergelut dengan isu kerajaan perpaduan sehingga memberikan kesempatan pihak lain menangguk di air yang keruh, malam ini akan diadakan satu pertemuan khas di antara beberapa pimpinan tertinggi PAS.

Malah isu kerajaan perpaduan ini turut menjadi tumpuan seluruh negara dan seluruh dunia yang sedang memerhatikan perkembangan PAS daripada jauh.

Individu yang hampir pasti menghadiri pertemuan tersebut, Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ustaz Nasharudin Mat Isa, akan terlibat sama bersama beberapa lagi pimpinan parti.

Terdahulu, PAS bercadang mengadakan permukiman khas anggota-anggota jawatankuasa pusat dan Majlis Syura selama dua hari mulai 18 Julai, empat hari selepas pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dipetik berkata permukiman itu bertujuan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan, lapor blog sebuah mingguan politik Siasah

Semoga Allah permudahkan segala kemelut, dan kocakan air ini akan diselesaikan segera pada malam ini.

1 comment:

Anonymous said...

TGHH dibimbangi jadi Ular Air bisanya semakin hilang.Sila baca majalah il ada wawancara.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese