05 June 2009

Keputusan Pemilihan Diketahui Esok

Keputusan Timbalan, Naib Presiden Diketahui Esok

Keputusan pemilihan Jawatankuasa Pusat Pas hanya akan diketahui jam 9 pagi esok menurut Pengarah Pilihan Raya Pas Mustafa Ali.

Muktamar hari ini menyaksikan 1,100 delegasi mengambil bahagian memilih calon pilihan masing-masing untuk mengisi jawatan-jawatan kanan parti aliran Islam itu.

Proses pemilihan bermula pukul 3.30 petang tadi, membabitkan 176 bahagian dari seluruh negara.

Fokus delegasi dan pemerhati politik tertumpu kepada jawatan Timbalan Presiden Calon bertahan Nasharuddin Mat Isa dicabar Naib Presiden Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Sementara itu, lima calon bertanding merebut tiga kerusi Naib Presiden.

Mereka ialah bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Jengka Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Kelantan Nik Amar Nik Abdullah.

Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpaj sebarang pertandingan.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin