06 June 2009

Hasan: Usul kepimpinan ulama patut didebat



Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak tahu mengapa usul kepimpinan ulama ditolak tetapi berkata ia mungkin disebabkan oleh masalah teknikal.

"Lazimnya usul itu dibincangkan kerana ia bukan usul yang remeh. Ia patut didebatkan," katanya.

Exco kerajaan negeri Selangor itu memberitahu demikian dalam sidang media di stadium Melawati Shah Alam hari ini, tempat berlangsungnya muktamar PAS.

Menurut Hasan, beliau menyertai PAS kerana kepimpinan ulama dalam parti Islam itu.

"Saya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor pendidikan moden, tidak cukup untuk membangunkan negeri ini tetapi saya perlukan panduan al-Quran," katanya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese