16 June 2009

Anwar thwarted, suspensions remain



anwar ibrahim 02 060207Speaker Parlimen, seperti yang dijangka hari ini menolak rayuan kertua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim utnutk menarik balik penggantungan 2 hari terhadap Nizar Jamaludin dan 6 wakil rakyat.

Mereka diusuir daripada parlimen semalam setalah mendesak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan sebagai jalan keluar mengatasi kemelut politik dinegeri itu.

Selain Nizar, turut dilarang menghadiri parlimen ialah N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis), Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Anwar telah mendesak Pandikar Amin Mulia untuk menarik balik hukuman itu kerana tujuh ahli parlimen berkenaan hanya menyuarakan isu mengenai krisis politik di negeri asal mereka.

"Saya mohon beliau menimbangkan keputusan menggantung Datuk Seri Nizar di parlimen dan membenarkan mereka mengikuti sidang hari ini dan beliau menolak pernohonan saya atas alasan yang beliau berikan semalam."Kata Anwar.

Pandikar bagaimanapun menolak rayuan Anwar atas alasan krisis di Perak "tidak relevan kepada Parlimen".

Pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat bagaimanapun mempertahankan tindakan Nizar dan rakan- rakannya membawa isu Perak ke parlimen, antaranya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Saya faham kekecewaan Datuk Seri Nizar dengan apa yang terjadi di Perak yang merupakan satu isu yang besar. Saya rasa dia mahu semua ahli parlimen sedar akan isu itu dan beliau mahu menunaikan janjinya mempertahankan perlembagaan negeri itu berhubung apa yang berlaku di DUN Perak." Ujar Khalid.

1 comment:

Anonymous said...

Go and tell those people who voice out their disagreement with Anwar using the platform of BEKAS PRAJURIT don't be a hypocrite. They have not done anything to assist those ex soldiers who are many now living below poverty level.
The ex soldiers hate the hypocricy of those using BEKAS PRAJURIT platform when the mere facts they are only advancing their personal interest.
So, kirim salam and ask the BEKAS PRAJURIT stop fooling people around and look at the mirror as what you have done to many many ex soldiers??????????? that are really suffering despite the sacrifices for the nation.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese