18 June 2009

Anti-ISA rally: Students fined RM3,900 each - Malaysiakini



Mahkamah majistret Kuala Lumpur hari ini mendapati lima pelajar universiti bersalah kerana menyertai perhimpunan haram anti-ISA pada Jun 2001.

Mereka masing-masing didenda RM3,900 atau tiga bulan penjara.

Mahkamah juga menolak permohonan mereka untuk menangguhkan hukuman tersebut.

Majistret Azniza Mohd Ali, bagaimanapun, melepaskan seorang pelajar daripada tuduhan tersebut.

Mereka yang didapati bersalah ialah Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris -
semasa pelajar universiti tempatan ketika itu.

Mereka telah digantung daripada meneruskan pengajian mereka mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Helman Samsudin adalah pelajar yang dilepaskan.

Seorang lagi pelajar, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, tidak dapat dikesan sejak mereka dipanggil untuk membela diri.

Mereka diwakili oleh Latheefa Koya, Amer Hamzah Arshad, Nik Mohd Ikhwan.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwaraya, Abazafree Mohd Abas.

Pada November 2006, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan rayuan Pejabat Peguam Negara untuk membicarakan semula tujuh pelajar universiti terbabit.

Mereka didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di luar Masjid Negara pada 8 Jun 2001.

Dalam demonstrasi tersebut, mereka membantah penggunaan ISA terhadap 10 pemimpin reformasi, termasuk kolumnis Malaysiakini, columnist Hishamuddin Rais.

Sepuluh pemimpin berkenaan dibebaskan selepas ditahan selama dua tahun tanpa bicara.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese